Mangsa Culik Di Pulau Gaya Dibebaskan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemilik pukat tunda yang diculik di Perairan Pulau Gaya, Semporna pada 27 September lepas telah dibebaskan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata mangsa culik itu Ruslan Sarapin, 39, selamat sampai di Lahad Datu pada pukul 7 pagi Sabtu dan polis sedang mengambil keterangan daripadanya.

"Seorang mangsa culik telah dibebaskan dan saya difahamkan (mangsa itu) Ruslan Sarapin. Saya difahamkan pukul 7 pagi tadi satu mangsa telah dibebaskan dan sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.

"Kami bersama pihak polis Lahad Datu sedang menyemak (mengambil keterangan) cerita sebenar kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam, Ruslan, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

Pemilik kapal pukat tunda warga tempatan itu diculik manakala anak kapalnya dirompak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan