Polis Kesan Individu Buat Ancaman Bom Palsu Di Bursa Saham

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan orang yang bertanggungjawab membuat ancaman bom palsu di bangunan Bursa Malaysia Berhad dan Kuil Kortumalai Sri Ganesar di Jalan Pudu Lama di sini tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata seorang petugas pejabat keselamatan Bursa Malaysia telah menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali yang memaklumkan akan berlaku letupan di kedua-dua lokasi berkenaan selepas solat Jumaat.

"Susulan itu, pekerja itu bersama rakan setugas datang membuat laporan polisdan kami menghantar Unit Pengesan Bom serta Unit Anjing Pengesan di kedua-dua lokasi tersebut namun tiada bom dijumpai.

"Selepas kira-kira tiga jam membuat pemeriksaan, polis mengesahkan bahawa panggilan bom ini adalah palsu," katanya, dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Tinjauan Bernama pada 1.30 tengah hari mendapati pengurusan kuil berkumpuldi luar bangunan itu sementara polis melakukan pemeriksaan dalam kuil.

Di luar bangunan Bursa Malaysia pula, kira-kira 1,000 orang termasuk kakitangan Bursa Malaysia, Bank HSBC dan Astro Awani berkumpul kira-kira 1 kilometer dari bangunan itu.

Pada pukul 3.23 petang polis mengesahkan tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dan bangunan itu selamat.

Kakitangan bangunan itu mula menjalankan operasi mereka seperti biasa selepas pengumuman itu dan kuil meneruskan upacara sembahyang seperti biasa.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Bursa Saham , Ancaman Bom

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan