Ancaman Bom Di Bursa Malaysia Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bangunan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) di Exchange Square di sini dikosongkan tengah hari tadi berikutan ancaman bom namun polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Urus niaga berjalan seperti biasa dan sesi tengah hari dimulakan pada 2.30 petang.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai ancaman itu dan sebagai langkah berjaga-jaga, semua penghuni termasuk staf di bangunan 15 tingkat itu diminta mengosongkan bangunan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) diaktifkan.

Bernama mendapati ramai orang termasuk staf di bangunan itu berada di luar bangunan dan polis mengawal ketat sehingga 50 meter dari bangunan berkenaan.

Menurut Datuk N Sivakumar, pemegang amanah kuil Kortumalai Sri Ganesar yang terletak hampir 300 meter dari bangunan Bursa Malaysia, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk mengosongkan bangunan kuil pada 1.45 tengah hari.

"Arahan mengosongkan bangunan dibuat berikutan ancaman bom di bangunan Bursa berkenaan," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi berkenaan.

Sehingga 3 petang, polis dilihat masih memeriksa bangunan tersebut dan semua staf masih belum dibenarkan mendekati bangunan itu.

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan