Tahanan Lelaki Lari Ketika Dibawa Ke Trak Polis

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 11:25 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang tahanan lelaki yang baharu dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen George Town, di sini melarikan diri ketika dibawa anggota polis untuk menaiki trak polis di perkarangan mahkamah itu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Mohd Rozali Omar, 32, diiringi anggota polis menuju ke trak untuk dibawa ke penjara selepas mahkamah menetapkan hukuman terhadapnya.

"Ketika prosiding di mahkamah, lelaki itu mengaku bersalah kerana mencuri motosikal dan dia dijatuhkan hukuman setahun penjara serta denda RM3,000. Sebaik habis prosiding, dia dibawa menaiki trak polis dengan tangan bergari," katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tahanan itu memanjat tembok mahkamah dan melarikan diri menuju ke Jalan Masjid Kapitan Keling sebelum polis mengejarnya, bagaimanapun dia berjaya meloloskan diri.

Mior Faridalathrash berkata usaha mengesan lelaki berkenaan giat dijalankan dan polis turut melancarkan operasi di negeri itu bagi mencari tahanan yang beralamat terakhir di Pinang Emas, Jalan Sungai Batu di Batu Ferringhi di sini.

Katanya polis percaya tahanan itu masih berada di negeri ini dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali lelaki itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan