Polis Perak Bebas Ideologi Daesh

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 3:35 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH:Tiada anggota polis kontinjen Perak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mempunyai kaitan dengan militan Daesh, kata Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata sebagai penguat kuasa dan pasukan keselamatan tidak seharusnya mana-mana anggota atau pegawai terlibat dalam kegiatan militan secara langsung atau tidak.

"Jika ada anggota yang terlibat kita tidak akan berkompromi serta akan dikenakan tindakan undang-undang yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak, di sini pada Khamis.

Selain itu, Hasnan berkata bagi tahun ini dari Januari sehingga semalam polis Perak telah menyelesaikan 2,401 pelbagai kes, melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

Katanya walaupun tangkapan berkaitan kes membekal dan pengedaran dadah meningkat sebanyak 14.9 peratus atau 197 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos ini namun keadaan adalah terkawal.

"Jenayah kekerasan turut mencatatkan peningkatan 2.14 peratus, jenayah komersial seperti penipuan dan pecah amanah juga meningkat dengan nilai kerugian mencecah RM68 juta berbanding RM21.6 juta tahun lalu," katanya.

Ketika ditanya mengenai kes tetak seorang warga emas di Tapah Selasa lepas,  Hasnan berkata suspek kejadian mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan turut mempunyai perintah sekatan di Selangor akibat penagihan dadah.

Katanya suspek baharu sahaja pulang ke kampungnya lebih kurang sebulan dan dipercayai melakukan pembunuhan itu ketika dalam pengaruh dadah.

Dalam kejadian itu, mangsa Low Kew @ Low Lin Kiew, 74, ditemukan mati oleh anak sulungnya di dalam rumah di Kampung Baru Air Kuning kira-kira pukul 7.20 malam.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 4 Oktober ini untuk siasatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Polis Perak , Daesh

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan