Pemilik Kapal Pukat Tunda Diculik Kumpulan Bersenjata

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan dan merompak anak-anak kapalnya berhampiran perairan Pulau Gaya, Semporna sebelum melakukan satu lagi rompakan di sebuah kapal nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu malam Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan kira-kira 9.30 malam.

"Ketika kejadian, kapal nelayan mangsa didatangi sebuah bot laju dinaiki enam lelaki yang antaranya bersenjatakan pistol M14 dan M16.

"Empat suspek kemudian menaiki dan menggeledah kapal berkenaan sebelum menculik mangsa serta melarikan semua dokumen, barangan peribadi, telefon bimbit milik anak-anak kapal berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati 25 anak kapal berkenaan bukan warganegara Malaysia dan seorang lagi adalah rakyat tempatan.

Abdul Rashid berkata kumpulan lelaki bersenjata api sama kemudian merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu.

Beliau berkata dalam kejadian 10.05 malam itu, kapal berkenaan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan tersebut telah didatangi sebuah bot laju yang dinaiki tujuh lelaki.

"Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata api menaiki dan menggeledah kapal berkenaan sebelum melarikan enjin sangkut, beras, minyak masak, pakaian, telefon bimbit dan wang tunai RM300 milik anak kapal.

"Suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri menuju ke perairan antarabangsa," katanya.

Menurutnya siasatan awal mendapati kumpulan penjenayah berkenaan adalah suspek yang sama menculik pemilik kapal tunda di Semporna.

Abdul Rashid berkata jarak kedua-dua lokasi kejadian adalah 5 batu nautika dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot laju.

Beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua kapal berkenaan beroperasi dalam kawasan arahan perintah berkurung dan tidak mempunyai permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing.

"Kapal berkenaan juga tidak dilengkapi sistem pengesanan Automatic Identification System (AIS) dan sebarang alat komunikasi yang disarankan oleh pihak berkuasa,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pemilik kapal pukat tunda , culik , Sabah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan