Bayi Baru Lahir Ditemui Di Perhentian Bas Bagan Ajam

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 4:38 PM

Gambar daripada Facebook Penang Kini

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam sebuah beg warna ungu oleh beberapa pelajar sekolah di perhentian bas di Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, di sini pada Rabu.

Jururawat Masyarakat Klinik Desa Bagan Ajam Sabariah Abdul Ghani, 36, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru memaklumkan beberapa pelajar sekolah berhampiran menemukan seorang bayi perempuan di tempat kejadian.

"Saya tiba di sana kira-kira pukul 8.10 pagi dan mendapati seorang bayi perempuan telah ditinggalkan di dalam beg plastik dan terdapat kesan gigitan serangga di badannya.

"Saya mengagak bayi tersebut sudah 24 jam dilahirkan berdasarkan tali pusatnya yang sudah kering," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata sehelai kain dan uri turut ditemukan bersama-sama bayi perempuan itu sebelum dibawa ke Klinik Desa Bagan Ajam.

"Kami bersihkan dia dan memberinya suntikan mencegah pendarahan yang merupakan prosedur rutin agar bayi berkenaan tidak mengalami sebarang komplikasi yang lain. Bayi itu dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjutan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata polis sedang melakukan beberapa semakan di klinik dan hospital berhampiran bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

"Polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti sama ada kawasan itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan siapa yang meletakkan bayi berkenaan di situ," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: JKM , Bagan Ajam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan