'Tok Belagak' Tipu Pelaburan Emas Dicekup

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 11:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengerusi syarikat pelaburan emas yang dikenali sebagai 'Tok Belagak' ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan berkenaan, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan yang mengaitkan lelaki berusia 51 tahun itu dengan kes berkenaan di daerah Kajang.

"(Seorang) mangsa dikatakan telah membuat pelaburan sebanyak RM80,900 kepada suspek setelah mengetahui pelaburan emas itu melalui laman sosial Facebook pada Ogos tahun lepas.

"Mangsa menyedari dirinya tertipu apabila pihak syarikat yang dipengerusi suspek gagal menyerahkan emas seperti nilai yang dilaburkan dalam tempoh yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Katanya pengadu (mangsa) memaklumkan syarikat berkenaan ada mengeluarkan memo perjanjian untuk memulangkan semula wang pelaburan namun masih gagal berbuat demikian.

Jelas beliau, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tok Belagak , pelaburan emas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan