Polis Kota Kinabalu Tahan Dua Pemilik Kereta Sapu

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 5:17 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menahan dua pemilik kenderaan yang beroperasi mengambil penumpang tanpa permit dalam Op Kereta Sapu, di kawasan Jalan Tun Fuad, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 25 dan 37 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pukul 1 tengah hari hingga 5 petang di jalan berkenaan hasil risikan awal yang dilakukan.

"Dalam operasi itu, kita menahan dua kenderaan persendirian yang disyaki menjalankan perkhidmatan kereta sapu," katanya dalam kenyataan Selasa.

Beliau berkata kedua-dua pemandu kereta sapu itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987.

Pada masa sama, Chandra berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi membanteras kegiatan kereta sapu atau penggunaan kenderaan persendirian sebagai kenderaan pengangkutan awam tanpa kelulusan. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: Op Kereta Sapu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan