Remaja Perempuan Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Anak

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 5:03 PM

Anggota polis membawa tertuduh Nuruljannah Azalan, 18, keluar dari Mahkamah Sesyen selepas didakwa menyebabkan kematian bayi yang baharu lahir pada 20 September lalu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, Selasa terhadap pertuduhan menyebabkan kematian anaknya yang baru dilahirkan.

Nuruljannah Azalan, 18, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Solok Balik Bukit Palah, Melaka Tengah kira-kira 6 pagi pada 20 September lepas.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian anak perempuannya yang baru dilahirkan dengan cara menutup mulut bayi itu dengan tangannya sebelum dibalut dengan tilam toto.

Dia dituduh mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam tertuduh, Andrew Lourdes bagaimanapun memohon mahkamah untuk memberi jaminan kerana Nuruljannah masih remaja.

Norma kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 27 Oktober ini. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: kematian anak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan