Polis Buru Enam Lelaki Bantu Siasatan Kematian Penumpang Teksi

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 9:13 PM

Hasnan Hassan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis sedang memburu enam suspek berhubung kes kematian seorang penumpang yang mengamuk dan bertindak menyerang seorang pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Batu 13, Segari dekat Lumut di sini pada 5 September lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua lelaki yang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun itu masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam, mangsa yang berusia 33 tahun menaiki teksi dari Sitiawan menghala ke Kuala Sepetang, Taiping bertindak agresif dan menyerang pemandu teksi berumur 49 tahun itu kerana menuduh lelaki itu mengambil cermin matanya.

"Tindakan agresif mangsa menyebabkan pemandu teksi itu menurunkan mangsa di sebuah stesen minyak dan kemudian mangsa mengheret serta memaut leher pemandu teksi supaya keluar daripada kereta sambil mengancam dan mencabar orang awam di tempat kejadian.

"Pemandu teksi itu menjerit sambil meminta tolong kerana tindakan mangsa yang ganas dan agresif serta mendatangkan provokasi untuk menarik perhatian orang ramai supaya tampil menyelamatkan pemandu teksi tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Hasnan berkata berlaku pergelutan antara mangsa dengan 10 orang awam yang berada di lokasi dan ia dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi kejadian.

"Polis bertindak segera ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa masih dalam keadaan agresif dan berjaya ditahan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung," katanya.

Menurutnya, hasil saringan awal mendapati mangsa positif morfin dan Benzodiozapine serta mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi di HRPB pada 16 September lalu," katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menahan lima suspek dan kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari.

Hasnan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan meminta orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kes ini untuk kepentingan mana-mana pihak," katanya. - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: kes bunuh , penumpang teksi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan