Kes Bunuh Segambut: Isteri Mangsa Direman 5 Hari

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan reman lima hari mulai Selasa bagi membantu siasatan kes bunuh tiga beranak di sebuah rumah sewa tingkat dua di Apartment Nova, Taman Sri Sinar, Segambut di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata wanita berusia 35 tahun itu merupakan isteri Cheah Hing Soon, 34, serta ibu kanak-kanak perempuan Cheah Kai Sze, 3, dan bayi lelaki tujuh bulan Cheah Kai Wen yang kesemuanya dijumpai mati di dalam dua bilik di unit pangsapuri itu.

Beliau berkata wanita itu memberi keterangan bercanggah menyebabkan polis menahannya untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Polis memerlukan masa untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian kerana kenyataan suspek sentiasa bercanggah.

"Setakat ini, kita tidak mengambil kenyataan individu lain kecuali suspek dan dua lagi anak lelakinya yang berusia enam dan lapan tahun," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Mengenai hasil bedah siasat, Munusamy berkata ia masih dijalankan.

Semalam, mayat lelaki itu dan dua anaknya dijumpai di rumah sewa mereka di pangsapuri itu.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu dijumpai dalam dua bekas simpan barang  besar yang ditutup dengan plastik manakala mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di bilik tidur utama.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa semalam.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan