Lelaki Perak Ditahan Hina Keluarga Diraja Johor

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan menghina keluarga diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki yang berasal dari Batu Gajah, Perak itu ditahan di Kuala Lumpur pada Isnin.

"Kami memohon mahkamah mengeluarkan reman kepada lelaki itu untuk membantu siasatan sebelum dia dibawa ke Johor Bahru pada petang ini (Selasa)," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad menasihati orang awam agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan fitnah atau menghina orang lain.

Jelasnya kesalahan itu termaktub di bawah Seksyen 233 Akta Media dan Komunikasi 1998.

"Tidak kira sama ada kenyataan tersebut dibuat kepada orang awam atau keluarga diraja, pihak polis akan menjalankan siasatan sekiranya menerima laporan.

"Lebih 10 orang ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama sejak satu pasukan khas ditubuhkan untuk memantau isu sedemikian di laman sosial sejak beberapa bulan lalu," ujarnya.

Tambahnya, walaupun suspek telah mengeluarkan permohonan maaf menerusi laman Facebook, polis masih meneruskan siasatan kerana kesalahan itu telah menjejaskan orang lain.

Tags / Kata Kunci: Keluarga Diraja Johor , Perak , Hina

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan