Warga Singapura Dipercayai Terlibat Penipuan Gelaran Datuk

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 12:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan mendapatkan gelaran 'Datuk' di Macap Baru, Durian Tunggal di Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki berumur 68 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata dengan penahanan lelaki itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan berhubung kes itu kini seramai sembilan orang.

"Suspek itu dipercayai mengenali mangsa (peguam) dan telah direman empat hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad malam.

Semalam, Bernama melaporkan seramai lapan individu terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 sehingga 40 tahun ditahan berhubung kes itu.

Polis menerima laporan daripada seorang peguam lelaki berusia 63 tahun yang mendakwa telah diperdaya supaya membayar RM604,000 untuk didermakan kepada sebuah yayasan sebagai syarat untuk pengadu mendapatkan gelaran Datuk.

Mengulas mengenai tangkapan lapan suspek yang ditahan di sekitar Kelantan, Perak dan ibu negara pada Khamis lepas, Acryl Sani berkata mereka terdiri daripada pembantu peribadi, peniaga, pekerja hotel, suri rumah, pengawal keselamatan kelab malam, broker dan ejen insurans.

"Kesemua yang ditahan dijangka dituduh di Kuching, Sarawak esok," katanya.

Katanya, setakat ini polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan