Mayat Warga Bangladesh Dijumpai Dengan Kesan Terbakar Di Pantai Kelanang

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mayat lelaki warga Bangladesh dijumpai dengan kesan terbakar pada seluruh badan di Lorong Pantai Kelanang, di sini pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata mangsa, Syaiyad Ali bernombor pasport BC0214534, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan oleh orang awam kira-kira pukul 11.45 malam.

Beliau berkata dua saksi kejadian memberitahu polis mereka terlihat api ketika melalui kawasan berhampiran pesisir pantai berkenaan sebelum menjumpai mayat lelaki itu yang telah terbakar.

"Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa berumur lingkungan 40-an itu hampir seratus peratus terbakar namun ada kesan luka pada belakang badan dan dahi dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan pantai itu untuk dibakar bertujuan untuk memusnahkan bukti," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, di sini, Isnin.

Zailan berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa memakai cincin pada kedua-dua jari manis. Dompet berisi pasport miliknya selain dua keping wang RM20 dan RM10 dijumpai di dalam poket baju hadapan yang turut terbakar.

Bagaimanapun katanya, satu penutup botol minyak pelincir kenderaan jenama Castrol turut dijumpai berhampiran tempat kejadian dan polis percaya ia adalah daripada bekas bahan yang digunakan suspek untuk membakar mangsa.

Zailan berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan gerakan memburu suspek yang terlibat dalam kes berkenaan sedang giat dijalankan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan