BMW Milik Naib Ketua Umno Bahagian JB Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 8:30 PM

Anggota bomba memadamkan kebakaran BMW Naib Ketua Umno JB. FOTO ihsan bomba

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sebuah kereta BMW 5251 milik Naib Ketua Umno Bahagian Johor Bahru Datuk Yahya Jaafar musnah terbakar pada Isnin dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian itu pada awalnya disedari isteri beliau pada pukul 11.45 pagi ketika kenderaan itu diparkir di kawasan rumah mereka di Bandar Baru Uda, di sini.

Yahya juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru ketika itu pula tiada di rumah.

"Semasa kejadian, ada empat orang di rumah (termasuk isteri Yahya) dan mereka keluar apabila menyedari ada asap dan bunyi letupan kecil.

"Selepas diperiksa, didapati sebuah kereta BMW milik Yahya terbakar. Bagaimanapun, mereka sempat menyelamatkan dua buah kereta lain, masing-masing jenis Chrysler dan Audi Q5 yang diparkir berhampiran," katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohd Taib berkata bomba dan unit forensik polis telah dipanggil ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui sebarang objek atau bahan letupan, yang berkait dengannya.

"Di peringkat ini, siasatan di bawah Seksyen 386 Kanun Keseksaan yang menjuruskan kepada kes khianat dengan api," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BMW , terbakar , Umno

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan