16 Rakyat Asing Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia - Berita Jenayah | mStar

16 Rakyat Asing Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang penjaga premis sebuah pusat refleksologi di sini ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia membabitkan 16 rakyat asing di premis berkenaan.

Dalam kenyataan di sini pada Sabtu, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Sabah SAC Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata lelaki tempatan berumur 44 tahun itu juga direman empat hari sejak Jumaat.

"Pada 23 September pukul 1.40 pagi, sepasukan polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah menjalankan serbuan di sebuah pusat refleksologi di Jalan Haji Yaakub, Kampung Air di mana maklumat mendedahkan beberapa orang warga asing telah dijadikan mangsa aktiviti pemerdagangan orang.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menjumpai seramai 14 wanita rakyat China, seorang wanita Filipina dan seorang lelaki China di dalam sebuah bilik. Kesemua berumur antara 22 tahun dan 42 tahun," katanya.

Salehhudin berkata kes itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pemerdagangan Manusia , Sabah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan