Polis Kenal Pasti Suspek Kes Culik Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis mengenal pasti seorang daripada dua suspek yang dipercayai melarikan pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Bandar Tun Hussein Onn, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata suspek berusia 25 tahun itu merupakan seorang penggangur dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya suspek dipercayai menetap berhampiran rumah mangsa namun, beliau enggan memperinci sama ada mereka saling mengenali.

"Suspek ini akan kita tahan secepat mungkin dan dari situ, kita yakin seorang lagi rakan subahatnya akan turut dikesan dan ditahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Karnival 1AmanWeek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, dilarikan dua lelaki bermotosikal ketika menunggu van sekolah di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, pelajar itu ditemui selamat oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya kira-kira tujuh jam kemudian selepas dipercayai ditinggalkan dua lelaki berkenaan di kawasan itu setelah berita mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial.

Othman berkata selain memburu dua suspek itu, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan melakukan penculikan, katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya turut menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan wujudnya elemen rekaan penculikan dalam kes berkenaan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Culik

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan