Lelaki Ditahan Miliki Peluru M16

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis masih menyiasat  sama ada lelaki berusia 33 tahun yang ditahan bersama 30 butir peluru hidup di Sandakan, Selasa lepas, mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan militan di selatan Filipina.

"Ini adalah sebahagian daripada siasatan kami," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman.

Polis turut menahan anak perempuan lelaki terbabit berusia 13 tahun dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Mangkalinau, kira-kira enam kilometer dari bandar Sandakan.

Selain tiga kelopak peluru M16 dan 30 peluru M16, polis juga merampas sebilah pedang berserta sarung dengan anggaran panjang 65cm termasuk hulu pedang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan