Ketua Kumpulan 'Don Tiger' Antara Empat Yang Ditembak Mati

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 2:31 PM

Anggota polis mengusung mayat seorang daripada empat penjenayah yang ditembak mati di Jalan Ampang, berhampiran Balai Polis Tambun malam Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua kumpulan rompakan bersenjata 'Don Tiger' dan tiga ahlinya yang berada dalam senarai paling dikehendaki terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan polis di Jalan Tanjung Rambutan di sini, malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, keempat-empat mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu telah ditembak mati kira-kira pukul 10.50 malam.


Beliau berkata, sebuah kereta peronda polis telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu dan cuba menghentikan kereta terbabit.

Hasnan berkata, anggota polis peronda telah mendengar tembakan dilepaskan dari kenderaan lain, yang kemudian memecut ke arah jalan utama di Tambun.

"Pemandu Honda itu kemudian melanggar kereta peronda sebelum merempuh tiang lampu jalan.

"Apabila anggota polis cuba menghampiri suspek, penumpang di tempat duduk hadapan kereta melepaskan satu lagi tembakan dan anggota polis membalas tembakan tersebut untuk mempertahankan diri.

"Keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah dan kumpulan itu aktif menjalankan kes samun di daerah Ipoh dan Kampar," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Hasnan berkata polis sedang mencari baki ahli kumpulan ini.

Beliau berkata kumpulan itu aktif sejak Ogos tahun lepas.

"Honda Accord yang digunakan oleh kumpulan itu turut dilaporkan hilang pada 27 Ogos.

"Antara barangan lain yang dirampas di tempat kejadian adalah pistol automatik Remington Colt .45, sebilah parang, plastik lutsinar berisi syabu, pemotong, rod besi dan telefon bimbit," katanya.
Tags / Kata Kunci: Don Tiger , kes samun , Datuk Hasnan Hassan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan