Empat Ditembak Mati Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis - Berita Jenayah | mStar

Empat Ditembak Mati Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Empat lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis apabila mereka cuba mengelak daripada ditangkap di Jalan Ampang Baru, yang terletak beberapa meter dari Balai Polis Tambun di sini malam Khamis.

Empat yang ditembak itu dipercayai suspek rompakan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada pukul 10.30 malam.

Forensik polis dilihat menyiasat tempat kejadian sehingga lewat malam dan taklimat media mengenai kejadian itu dijangka diadakan pada Jumaat.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan