Bunuh Dua Beranak: Lapan Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 10:42 AM

Kediaman dua mangsa yang ditemui mati dipercayai dibunuh di Taman Puteri Wangsa pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Lapan lelaki ditahan berhubung kes bunuh melibatkan ibu dan anak perempuan berusia 16 tahun di kediaman mereka di Taman Puteri Wangsa, di sini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua suspek ditahan ketika cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Pagoh.

Terdahulu, hasil maklumat orang ramai, lima lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun ditahan di Pelangi Indah. Suspek ke lapan ditahan pada kira-kira pukul 3 pagi, Khamis.

"Dua suspek yang cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur berusia dalam lingkungan 20an. Mereka ditahan di KM142.4 dekat Pagoh," kata Wan Ahmad pada Khamis.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barang dipercayai milik mangsa daripada kedua-dua suspek. 

"Semua suspek akan direman," katanya.

Pada Rabu, mayat M. Mariayee, 56 dan C.Durga Devi ditemui dengan kesan kelar pada kira-kira 10.30 pagi di rumah di Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa di sini.

Cucu Mariayee yang berusia tiga tahun juga berada di rumah sama, tetapi tidak cedera.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan