Tiga Warga Tempatan Ditahan Lindungi Pati

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 7:29 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga warga tempatan termasuk seorang wanita ditahan kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam Op Nyah 2 fasa ke-10 di sekitar ibu negara bermula semalam hingga awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, dalam operasi bersepadu yang dijalankan bermula 8 malam Rabu sehingga 4 pagi tadi, seramai 164 Pati diperiksa dan 102 daripada mereka ditahan.

"Warga asing yang ditahan adalah 80 lelaki dan 22 wanita melibatkan pelbagai warganegara iaitu Bangladesh, Indonesia, China, Pakistan, Myanmar, India, Vietnam dan Filipina.

"Tindakan akan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Akta Pemerdagangan Orang 2012 dan akta lain yang berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurutnya, semua yang ditahan ditempatkan di Lokap Berpusat Jinjang dan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini untuk tindakan lanjut.

Abdul Hamid berkata, operasi itu diadakan di kawasan seperti Jalan Petaling, Jalan Alor, Bukit Bintang, Apartmen Pantai Indah dan Jalan Gelang Off Jalan Gendek, Sungai Besi dengan menyasarkan Pati yang menjadikan kawasan premis yang diperiksa sebagai penempatan dan tempat bekerja.

Katanya, semua jabatan dan daerah polis di Kuala Lumpur terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pasukan Gerakan Am.

"Polis Kuala Lumpur akan meneruskan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keadaan sebagai usaha berterusan memastikan bandar raya ini sentiasa aman dan tenteram," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pendatang Asing Tanpa Izin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan