SPRM Tahan Lima Anggota JPJ

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 4:05 PM

Dua orang suspek yang merupakan pembantu penguatkuasa JPJ diiring oleh pegawai SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah di Ibu Pejabat SPRM di Sungai Petani pada 22 September 2016.- BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas 4x4 di Kedah dan Perlis pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Sumber SPRM berkata kesemua suspek lelaki berusia di antara 34 hingga 48 tahun itu disyaki menerima suapan di antara RM100 hingga RM300 bagi melepaskan pemandu lori yang membawa lebih muatan di Kedah dan Perlis sejak tahun lepas.

Beliau berkata dua daripada suspek itu, yang berjawatan pembantu penguat kuasa di JPJ Kulim, ditahan di antara 11.30 pagi dan 12.10 tengah hari Khamis di JPJ Kulim dan dibawa ke pejabat SPRM di sini.

"Tiga lagi suspek bertugas di JPJ Arau, Perlis iaitu dua pembantu penguat kuasa JPJ dan seorang pemeriksa kereta motor dan mereka ditahan di JPJ Arau, kira-kira 12 tengah hari tadi selepas kesemua mereka memberi keterangan di pejabat SPRM Kangar, Perlis," katanya di sini, Khamis.

Sumber itu memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan permohonan perintah tahanan reman untuk kesemua suspek akan dibuat esok.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya mengesahkan tangkapan itu namun, enggan mengulas lanjut.

Operasi khas itu dijalankan oleh SPRM Kedah dan SPRM Perlis bersama Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , JPJ

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan