Pelajar Hilang Ketika Berkayak Ditemukan Lemas

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang pelajar sekolah yang dilaporkan hilang ketika bermain kayak bersama enam rakannya petang semalam, ditemukan lemas di Sungai Demit dekat Kampung Gu di sini, malam Rabu.

Mayat Nik Hafizan Kamaruddin, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2, ditemukan 11.15 malam tadi oleh orang ramai yang membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada 5.50 petang semalam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bersama 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Pasukan penyelamat memulakan operasi mengesan mangsa di kawasan yang dilaporkan hilang pada 6 petang sebaik tiba dan ditangguhkan seketika pada 7.30 malam akibat hujan lebat.

"Mayat mangsa ditemukan kira-kira 30 meter dari tempat dia bermain kayak dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Zaini berkata sebelum hilang mangsa dikatakan menaiki sebuah kayak bersama dua rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Beliau berkata dua rakannya dikatakan cuba menyelamatkan mangsa dengan menghulurkan pendayung tetapi mangsa gagal mencapainya sebelum tenggelam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lemas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan