Dua Beranak Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 7:51 PM

Anggota polis mengusung mayat ibu M.Mariayee, 56, dan anak perempuannya S.Turgadevi, 16, setelah ditemui mati dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan di rumah mereka di Jalan Beladau Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua beranak ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah mereka di Jalan Beladau, Taman Putri Wangsa, Ulu Tiram, dekat sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai M. Mariayee 56, dan anak perempuannya S. Turgadevi, 16, ditemui mati akibat cedera ditikam di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, mangsa ditemui anak lelaki mangsa, S. Perabakaran, 33, di bilik ketiga rumah mereka pada kira-kira 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati mayat ibunya ditikam di bahagian rusuk kiri, tengkuk dan belakang badan.

"Sementara, anak perempuannya ditikam di bahagian perut, leher, mulut serta dikelar pada bahagian pergelangan tangan dan dipercayai berlaku pergelutan dengan suspek," katanya kepada pemberita dekat sini, Rabu.

Sulaiman berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati motif pembunuhan mungkin bukan berlandaskan kes samun kerana tiada kesan pecah masuk.

"Kami juga percaya mangsa sebenarnya mengenali suspek dan membenarkan suspek masuk ke rumah sebelum kejadian," kata beliau.

Sulaiman berkata, hasil siasatan juga mendapati empat lelaki dipercayai terlibat dengan seorang daripadanya telah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu polis.

Sementara itu, Perabakaran berkata dia yang tinggal tidak jauh dari rumah ibunya itu, ketika itu bersama bapanya, yang kemudiannya menemui ibu dan adik bongsunya itu dalam keadaan terbaring.

"Saya hairan melihat pintu rumah terbuka tetapi tiada yang menyahut panggilan saya. Saya terus masuk ke rumah dan melihat ibu dan adik saya berlumuran darah di atas katil," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Dia yang turut bersama bapanya ketika itu kemudiannya menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun, Perabakaran berkata anak perempuannya berusia tiga tahun yang dijaga oleh ibunya tidak diapa-apakan dan hanya ditemui sedang menangis dalam bilik berkenaan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan