Tindakan Tegas Terhadap Anggota Terlibat Dengan Pati - Polis

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 5:42 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis akan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati bersubahat sehingga menyebabkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya membolosi perairan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata sekiranya terbukti adanya penglibatan polis termasuk dari Pasukan Gerakan Am (PGA), Marin atau mana-mana cabang pasukan polis dalam kegiatan tidak bermoral itu, maka tindakan tegas akan dikenakan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video pendedahan sebuah program TV, TransMedia Indonesia mengenai kemasukan PATI Indonesia ke Tawau yg diviral menerusi Facebook, sejak Ahad.

Video berdurasi 11 minit itu mendedahkan betapa mudahnya rakyat Indonesia, memasuki Tawau secara haram hanya dengan memberi upah (rasuah) sekitar RM50 sehingga RM100 kepada pihak berkuasa Malaysia yang bertugas memantau perairan dan menjaga pelabuhan.

Dalam pada itu, Fadil berkata pihaknya sedang menyiasat mengenai kesahihan video berkenaan yang dimuat naik seorang netizen yang dikongsi sebanyak 2,500 kali dan ditonton 5,700 kali.

"Kita masih dalam proses menyiasat kesahihan video tersebut dan semua inti pati yang digambarkan dalam paparan video itu...tindakan sewajarnya akan dijalankan berhubung pendedahan video tersebut," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan berkongsi video berkenaan.

Sementara itu, Fadil berkata pelbagai langkah pencegahan dan operasi secara agresif telah dan sedang dijalankan pihaknya termasuk operasi bersepadu bagi mengekang kemasukan PATI.

"Selain faktor geografi yang memudahkan sindiket penyeludupan manusia menggunakan beberapa laluan tikus, bantuan daripada sebahagian penduduk tempatan juga mendorong kepada kewujudan sindiket ini, sekali gus menyukarkan pihak keselamatan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Polis , Pati

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan