Kapten Kapal Indonesia Dibebaskan Di Pulau Jolo

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 4:50 PM

-Gambar fail kumpulan Abu Sayyaf

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kapten kapal warga Indonesia yang diculik di pantai timur Sabah telah dibebaskan di pulau Jolo.

Sumber di pulau selatan Filipina memberitahu The Star bahawa Harman Mangga, 30, kapten sebuah kapal nelayan Sabah tidak lagi berada dalam tahanan penculik Abu Sayyaf.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada wang tebusan telah dibayar untuk melepaskan Harman atau dia diselamatkan dalam operasi ketenteraan.

Pada 3 Ogos The Star melaporkan bahawa dua anak kapal telah kembali ke perairan Sandakan dengan kapal pukat tunda, mendakwa ketua mereka, Harman sedang ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan bersenjata di selatan Filipina.

Mereka memberitahu polis Malaysia bahawa lelaki bersenjata itu menuntut RM10,000 untuk melepaskan Harman.

Walau bagaimanapun, dakwaan mereka tentang penculikan dengan wang tebusan RM10,000 adalah jauh berbeza daripada permintaan biasa yang bermula dari jumlah RM20 juta.

Menurut kedua-dua anak kapal yang berumur 24 dan 26 itu, tiga lelaki itu bersama kapal pukat tunda yang dinaiki mereka meninggalkan Sandakan kira-kira jam 6.30 petang pada 31 Julai.

Kemudian pada 3 Ogos, kira-kira pukul 4.20 petang di perairan Kinabatangan, empat lelaki bersenjatakan senapang M16 datang di atas kapal ketika mereka menjala.

Empat lelaki itu dilihat memakai seragam tentera dan bercakap dalam bahasa Melayu dengan loghat asing.

Kumpulan lelaki bersenjata itu didakwa membawa anak kapal dan kapal pukat tunda mereka ke pulau berhampiran sebelum bergerak ke pulau lain.
Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , kes culik , Pulau Jolo , Harman Mangga

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan