Jeff Ooi Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:34 PM

Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi (kiri) bersama peguamnya R.S.N. Rayer selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town, Selasa. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (DAP)  dibebaskan dengan jaminan polis berhubung tweetnya yang didakwa menghina kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Beliau telah ditahan pada pukul 2.40 petang Selasa selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town untuk disoal siasat.

Peguam Ooi, R.S.N. Rayer berkata, ahli Parlimen itu berada di bawah jaminan polis selama sebulan bermula Selasa selepas memberi keterangan.

"Tidak ada pendakwaan rasmi telah difailkan dan Ooi disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 256 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," kata Rayer kepada pemberita di luar ibu pejabat polis di sini.

Rayer enggan mengulas ketika ditanya sama ada Ooi akan didakwa.

"Saya tidak akan mengulas tentang itu tetapi Ooi telah disoal siasat selama empat jam dan polis telah merekodkan keterangannya," kata Rayer.


Ooi menjadi perhatian berhubung tweet yang dikatakan menghina pemergian Haron - 'Adios Harun Din. Let there be peace.' 

Terdapat lebih dari 50 laporan polis dibuat terhadap Ooi berhubung isu itu.
Tags / Kata Kunci: Jeff Ooi , hina kematian , Datuk Dr Haron Din

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan