Tukang Cat Maut Terkena Sembilan Das Tembakan

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Seorang tukang cat berusia 37 tahun maut selepas terkena sembilan das tembakan di rumah bapa saudaranya di Kampung Jelapang di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mangsa, Erdy Alias, ditemukan terbaring di hadapan pintu rumah berkenaan oleh bapa saudaranya kira-kira pukul 4.30 pagi.


Katanya, bapa saudara mangsa menghubungi polis selepas menyedari kejadian itu apabila baru pulang daripada melawat keluarganya di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan di sini, katanya, hasil pemeriksaan pakar patologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), menemukan kesan tembakan di pada leher, lengan kiri, punggung, peha kiri, kaki kiri, dada kanan dan kiri mangsa.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa, yang berasal dari Kampung Kepas, Besut, ditembak dengan dua pucuk pistol berlainan.

"Polis turut menjumpai anak peluru di tepi dinding dan pintu dapur di dalam rumah serta kelongsong peluru di halaman rumah," katanya.

Katanya, hasil semakan rekod mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau termasuklah di bawah Seksyen 506 Kanun Kes Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya dan beberapa lagi.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan pembunuh serta mengenal pasti motif pembunuhan," katanya.

Katanya, mangsa tinggal di rumah itu sejak 9 September lepas untuk bekerja dengan bapa saudaranya yang juga merupakan tukang cat.

Justeru, katanya, polis memohon kerjasama orang ramai, khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran tampil menyalurkan maklumat jika ada melihat individu yang tidak dikenali berada di kawasan terbabit.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan