Polis Siasat Maria Chin, Ali Tinju

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis juga menjalankan siasatan terhadap Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Jangan ingat dia (Maria Chin) lagi besar, melebihi undang-undang. Kena minta permit kebenaran jika hendak buat perhimpunan Bersih 5 pada November nanti," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan September 2016 Bukit Aman di sini, Isnin.

Menurutnya siasatan terhadap Ali Tinju dilakukan setelah pesara tentera itu didakwa membuat ugutan mengancam keselamatan Maria Chin beberapa hari lepas.

Media antara lain melaporkan Ali Tinju sebagai berkata bahawa Maria Chin "tidak akan berjalan di atas bumi".

Sebelum itu, Maria Chin memberitahu sidang media bahawa pihaknya merancang  mengadakan acara konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Maria Chin Abdullah , Ali Tinju , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan