Warga Mesir Hilang Di Laut Selepas Jatuh Dari Balkoni Hotel - Berita Jenayah | mStar

Warga Mesir Hilang Di Laut Selepas Jatuh Dari Balkoni Hotel

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 6:55 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seorang lelaki warganegara Mesir hilang di laut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni bilik sebuah hotel yang dihuninya di Teluk Burau di sini Isnin.

Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Wee pada Isnin berkata kehilangan Yahya Yousry Mohamad Al-Sayid, 27, dilaporkan kira-kira pukul 4.00 petang.

"APMM Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang," katanya.

Menurutnya operasi yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis itu mengalami kesukaran ekoran keadaan cuaca buruk dan laut bergelora.

"Setakat ini mangsa masih belum dijumpai. Jika keadaan tidak mengizinkan, operasi SAR ini akan ditangguhkan dan disambung semula pagi esok," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan