Guru, Bayi Maut Dalam Kemalangan Dua Kereta

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 3:51 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Seorang guru lelaki dan bayi perempuan berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran pekan Sekinchan, pagi Isnin.

Guru itu dikenal pasti sebagai Mohd Faizuri Ibrahim, 33, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun dan bayi itu Nur Qaireen Khalisya Anuwar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian  kira-kira 7 pagi itu, kereta Perodua Alza dipandu Mohd Faizuri terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan Proton Perdana dinaiki keluarga bayi itu.

"Proton Perdana yang dinaiki sepasang suami isteri bersama-empat anaknya termasuk bayi perempuan berkenaan gagal mengelak (Perodua Alza) dan berlaku perlanggaran menyebabkan Perodua Alza terbalik ke bahu jalan," katanya dalam  kenyataan di sini, Isnin.

Ketika kejadian keadaan hujan lebat dan jalan basah, katanya dan menurutnya mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Katanya, ibu bapa bayi berkenaan cedera di bahagian kaki dan tangan dihantar ke Hospital Tanjong Karang manakala tiga lagi anak pasangan itu dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: guru , bayi , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan