Pemandu Lori Simen Maut Di Jalan Bukit Bintang

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 9:58 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat pemandu lori simen Asri Hamid, 32 yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Bukit Bintang berhampiran Menara LTAT petang Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori simen maut apabila kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler di Jalan Bukit Bintang berhampiran Menara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), di sini, Sabtu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata mangsa, Asri Hamid, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

"Siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa telah melanggar belakang treler sedang berhenti di lampu isyarat di Jalan Bukit Bintang menghala ke Jalan Imbi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, hasil maklumat daripada pihak majikan, mangsa dalam perjalanan ke projek Tun Razak Exchange (TRX) berdekatan Kampung Pandan untuk mengambil batu konkrit.

Bagaimanapun, katanya, pemandu treler warganegara Indonesia itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit pada jam 6.32 petang.

Sejumlah 11 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang.

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Bukit Bintang , lori simen

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan