Budak Lelaki Maut Kereta Terbabas Dalam Sungai

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 6:31 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun mati lemas selepas kereta dinaiki bersama tiga ahli keluarganya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, Pokok Sena di sini, Ahad.

Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, Muhammad Rizal Zakwan Mohd Razi berada di dalam kereta jenis Proton Wira yang dipandu bapanya Mohd Razi Md Akib, 54, dan dua kakaknya, Nurul Rasyidah, 15, dan Nurul Rasyiqah, 11.

Mohd Razi ketika ditemui pemberita berkata beliau sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bukit Teriak di sini selepas membeli barangan dapur di pekan Pokok Sena.

Beliau berkata kereta dipandunya tiba-tiba terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai menyebabkan air mula memenuhi kenderaan itu.

"Cermin kereta belakang pecah, jadi saya keluarkan kakak-kakaknya dahulu dan ketika hendak selamatkan Muhammad Rizal Zakwan, air sudah memenuhi kereta dan saya gagal menjumpainya dalam kereta," katanya yang terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan anak bongsu daripada lima beradik itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.46 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Mayat mangsa ditemui pada pukul 3.58 petang tadi oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, kira-kira satu meter dari tempat kereta itu terjunam," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat, katanya.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Kereta Terbabas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan