Tiga Pelancong Asing Cedera Bot Mewah Meletup - Berita Jenayah | mStar

Tiga Pelancong Asing Cedera Bot Mewah Meletup

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 1:57 PM

Horejsek yang diusung ke zon kuning sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah pukul 08:15 pagi Jumaat dari jeti Kuala Kedah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tiga pelancong warga Eropah yang juga merupakan anak kapal sebuah bot mewah cedera manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas kapal yang dinaiki mereka meletup dan terbakar di tengah laut berhampiran Muka Head di Pulau Pinang.

Bot mewah itu meninggalkan pelabuhan Langkawi menuju Singapura pada pukul 7 malam Khamis.

Kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian enjin bot sebelum ia meletup dan karam dalam kejadian yang berlaku sebelum tengah malam Jumaat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menghantar sebuah kapal penyelamat sebaik menerima isyarat kecemasan satelit dari bot berkenaan kira-kira pukul 12.05 pagi Jumaat.

Novakovic (depan ) dan Kolic dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.


Sebelum itu, tiga warga Eropah yang cedera telah diselamatkan sebuah kapal nelayan tempatan ketika rakit yang mereka naiki hanyut, kira-kira pukul 3 pagi.

Mereka kemudiannya dihantar ke jeti Kuala Kedah dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut. Ketiga-tiga mereka tiba di hospital pukul 8.15 pagi.

Tiga pelancong asing yang cedera itu ialah Serbia Novak Novakovic, 28, Croatia Rudolf Kolic, 61, dan Jaroslav Horejsek, 37, dari Republik Czech.

Manakala Lucas Bondezan, 24, dari Brazil, masih dilaporkan hilang.
Tags / Kata Kunci: bot mewah , meletup , Muka Head
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan