Dua Lelaki Ditahan Seludup Keluar 20 Tong Gas Ke Negara Jiran

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menggagalkan cubaan dua lelaki tempatan menyeludup keluar 20 tong gas LPG ke negara jiran di perairan Tanjong Batu di Tawau pada Ahad lepas.

Komander ESSCom DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, bot ronda RH17 Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau terserempak sebuah bot mencurigakan di perairan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati 20 tong gas LPG jenama My Gaz berada di dalam bot itu. Dua lelaki berumur di antara 34 hingga 49 tahun ditahan kerana gagal menunjukkan surat kebenaran membawa barang kawalan itu," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Dalam dua operasi di daerah Semporna dan Kudat pula, PPM Semporna dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Kudat masing-masing menahan dua lelaki warga Filipina dan tiga lelaki warga Indonesia.

"Kesemua mereka ditahan kerana terlibat dalam aktiviti menangkap ikan menggunakan bom ikan di perairan Tobo-Tobo, Semporna serta kesalahan menunda pukat tarik kurang daripada tiga batu nautika daripada pantai di kawasan perairan Tanjung Agong-Agong di Kudat," katanya.

Dalam kedua-dua operasi itu, ESSCom turut mengesan kesalahan lain iaitu lesen bot sudah tamat tempoh dan mempamerkan lesen daftar bot berbeza.

Sementara itu, mengulas mengenai kes penculikan 3 warga Filipina di perairan Pom-Pom Sabtu lepas, Wan Abdul Bari berkata insiden itu tidak akan mematahkan semangat ESSCom dan pasukan keselamatan lain mengekang dan membanteras penjenayah rentas sempadan.

"Kami akan terus bekerja dengan lebih kuat lagi...masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperkukuh bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara.

"Ini juga termasuk mempergiat peranan pemimpin dan masyarakat akar umbi membantu ESSCom dengan tidak memberikan ruang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menetap di mana-mana tempat khususnya di pantai timur Sabah," katanya.

Beliau juga meminta supaya inisiatif rondaan bersama Indonesia dan Filipina, yang sedang diusahakan Kerajaan Malaysia, perlu dipercepat supaya kes-kes penculikan tebusan dan penyeludupan dapat ditangani dengan lebih berkesan dan menyeluruh. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: ESScom , tong gas , seludup

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan