Tiga Nelayan Diculik Dibawa Ke Kepulauan Jolo - Berita Jenayah | mStar

Tiga Nelayan Diculik Dibawa Ke Kepulauan Jolo

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga nelayan yang diculik di perairan pantai timur Sabah dibawa ke kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

Difahamkan tiga nelayan itu kini dibawah tawanan pemimpin terkenal Abu Sayyaf, Majan Sahidjuan yang turut dikenali sebagai Apo Mike.

Apo Mike turut dilaporkan menawan lima anak kapal warga Malaysia yang diculik di perairan Dent Haven, Lahad Datu pada 8 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata satu panggilan telefon daripada nombor asing diterima tidak lama selepas tiga nelayan itu diculik.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas butiran panggilan telefon itu tetapi berkata pihak berkuasa sedang cuba untuk mengesahkannya.

"Memang ada panggilan telefon.Tetapi biarlah kita (polis) menyiasat dahulu kesahihan panggilan tersebut, sama ada ia betul-betul daripada penculik atau orang yang mahu mengambil kesempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Malaysia peringkat Sabah di sini, Jumaat.

Jelas Rashid, tiga nelayan itu Masurin Jamalan, Sami Ghani dan Loloi Alpin berusia dalam lingkungan usia 30-an dan 50-an dalam keadaan selamat.

Ketiga-tiga mangsa culik itu merupakan warga Filipina tetapi memiliki dokumen IMM13 dan Surat Banci daripada Pasukan Petugas Khas.

Mereka diculik tujuh lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 13 lagi anak kapal di perairan berkenaan kira-kira 10.40 malam pada 10 September lepas.




Tags / Kata Kunci: nelayan culik , Lahad Datu , PDRM , Abu Sayyaf
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan