Ketua Geng Kapak Dicekup Rompak Kedai 24 Jam

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Kapak dipercayai aktif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Wangsa Maju ditahan dalam serbuan pada Ahad sehingga Selasa Lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki berusia 19 tahun yang juga ketua kumpulan Geng Kapak atau dikenali Geng Lan Keramat ditahan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 Jam di Metro Pudu, di sini pada Ahad.

Katanya, lelaki itu gagal melarikan diri ketika polis membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis dapat menjejaki tiga lagi ahli kumpulan itu yang berusia antara 19 dan 22 tahun serta menahan mereka sekitar Keramat dan Wangsa Maju pada Isnin lepas," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan yang aktif sejak Julai lepas dipercayai terlibat dalam lima kes samun kedai serbaneka 24 jam dan sebuah pusat karaoke.

Kesemua suspek ditahan reman bermula Isnin lepas sehingga 19 September ini, katanya.

Dalam kes berasingan, Mohamad Roy berkata tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam di Taman Melati, Isnin lepas.

Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Gombak pada Selasa lepas.

"Mereka dipercayai aktif melakukan samun sekitar Mei lepas dan kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam," katanya.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rompak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan