Tahanan Lolos Di IPD Kuala Selangor Dicekup Semula

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua tahanan polis yang meloloskan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor awal pagi Rabu berjaya diberkas semula tidak lama selepas itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata kedua-dua suspek yang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas bagi kesalahan dadah didapati hilang dari lokap pada 4.15 pagi.

"Tahanan pertama ditangkap ketika cuba melarikan diri di pagar balai polis pada 4.30 pagi manakala tahanan kedua yang berumur 28 tahun ditangkap ketika sedang melarikan diri ke dalam sungai berhampiran pada 8.30 pagi.

"Kita percaya, suspek terbabit turut tinggal di kawasan berdekatan dan ingin menyembunyikan diri daripada diberkas polis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban dan Akikah Peringkat IPD Shah Alam di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.

Mohd Fuad berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tahanan Lolos

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan