Polis Tembak Perompak Bersenjata Pedang Samurai

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis yang tidak bertugas melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai yang sedang merompak sebuah kedai barangan elektrik di Rawang.

Anggota polis berpangkat sarjan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Gombak itu bersama keluarganya berhampiran lokasi kejadian di Batu 16, Jalan Ipoh, Rawang pada pukul 4 petang Isnin apabila dia melihat perompak tersebut mengacukan pedang kepada pekedai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penjenayah itu telah mengambil wang tunai dan sebuah tablet daripada mangsa ketika anggotanya itu campur tangan.

Beliau berkata anggota itu telah mendedahkan dirinya sebagai polis dan mengarahkan pencuri untuk menyerah diri.

Walau bagaimanapun, perompak itu bertindak melawan arahan polis.

"Anggota saya tidak mempunyai pilihan selain untuk membela diri dan melepaskan empat das tembakan," kata ACP Ali ketika dihubungi.

Perompak itu rebah terkena tembakan namun berjaya bangun dan berlari ke arah rakannya yang menunggu di atas motosikal.

Dengan bantuan pekedai, anggota itu bagaimanapun berjaya menangkap kedua-dua lelaki dan juga seorang individu lain yang bertindak sebagai pemerhati.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan