Bas Terbalik: Pemandu Punya Tiga Rekod Kesalahan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu bas persiaran yang menyebabkan 37 penumpang cedera selepas bas terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini, pada Isnin, mempunyai tiga rekod kesalahan lalu lintas.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud ketika dihubungi Bernama berkata antara kesalahan yang pernah dilakukan pemandu berkenaan adalah menyebabkan halangan lalu lintas.


"Pemandu bas berusia 42 tahun itu, mempunyai rekod kesalahan lalu lintas yang biasa. 
"Dalam kemalangan semalam pula, kita sudah menghantar sampel air kencing dan darah kepada Jabatan Kimia, keputusan akan mengambil sedikit masa.


"Pemandu berkenaan bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis," katanya di sini, Selasa.


Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini.

Bas persiaran itu yang membawa 44 warga emas tempatan berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun yang dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong, dipercayai gagal dikawal akibat jalan licin.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan