Lelaki Paksa Remaja Hantar Gambar Bogel

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang gadis telah menghantar gambar bogelnya kepada seorang lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian.

Untuk tempoh beberapa tahun, gadis itu akhirnya terpaksa patuh dengan kehendak lelaki berkenaan walaupun diminta merakamkan video ibu dan saudara perempuannya dalam keadaan bogel secara senyap.

Xiaoyu (bukan nama sebenar) berusia 12 tahun ketika dia bertemu dengan lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Ho.

Mereka mula berkenalan menerusi permainan dalam talian pada Jun 2012 dan kemudiannya mula berbual melalui laman Instant Messenger.

Beberapa bulan kemudian, Ho mula meminta gambar termasuk gambar-gambar gadis itu dalam keadaan bogel.

Kehendak lelaki itu dituruti.

"Selepas itu dia meminta menghantar lebih banyak gambar bogel saya...jika tidak dia akan sebarkan," kata Xiaoyu yang kini berusia 16 tahun kepada pemberita.

Dia juga mendakwa Ho datang ke Kuantan pada November 2014 dan membawanya ke sebuah hotel.

Ho juga kerap datang menemuinya untuk melakukan seks dengan mengugutnya menggunakan gambar.

Kali terakhir dia melakukan hubungan seks dengan Ho adalah pada 18 dan 19 Jun lalu.

Tidak lama selepas itu, Ho menyuruhnya meletakkan telefon di dalam bilik mandi di rumahnya untuk merakamkan aksi ibu dan dua adik beradiknya mandi.

"Saya terpaksa menghantar video kepadanya atau dia akan memuat naik gambar bogel saya di Internet," katanya.

Ho kemudian mula untuk memeras ugut kakak sulung Xiaoyu melalui media sosial.

Xiaoyu akhirnya memberitahu keluarganya mengenai perbuatannya selama ini.

Xiaoyu berkata Ho memuat naik lapan gambar bogelnya menerusi blog.

"Saya berhadapan banyak tekanan dan kadang-kadang saya tidak boleh tidur sepanjang malam. Saya juga pernah terfikir untuk membunuh diri," katanya.

Pembantu khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong, Quek Tai Seong, telah membawa Xiaoyu untuk membuat laporan polis.

Quek berkata Pemuda MCA akan memberi bantuan guaman dan mengatur sesi kaunseling untuk Xiaoyu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan