Budak 2 Tahun Lemas Selepas Ikut Datuk Petik Rambutan

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 11:44 AM

Mangsa ditemui terapung di tali air kira-kira 60 meter dari rumah datuknya.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak lelaki dua tahun ditemui terapung di tali air di hadapan rumahnya di Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong, dekat Batu Pahat, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata, mayat Adam Amin Jefri dijumpai pada pukul 3 petang kira-kira 60 meter dari rumah datuknya. 

Mangsa sebelum itu dipercayai mengikut datuknya yang berusia 67 tahun, memetik rambutan di hadapan rumah, berhampiran tali air berarus perlahan berkedalaman kira-kira tiga kaki. 

"Pada kira-kira pukul 12 tengah hari, mereka pulang ke rumah dan tidur. Ketiadaan mangsa selepas itu tidak disedari datuknya.

"Datuknya hanya sedar apabila dimaklumkan penduduk kampung menjumpai mayat mangsa terapung di tali air berhampiran pokok rambutan itu," kata Abdul Wahib dalam kenyataan di sini, Khamis.

Mangsa yang tinggal bersama datuknya, disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Parit Sulong. 

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu dilakukan di Hospital Sultanah Nora Ismail, dekat Batu Pahat pagi ini, kata Abdul Wahib. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan