Pengganas Indonesia Salur Wang Kepada Ahli Kumpulan Biayai Serangan

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 11:38 AM

Bahrun Naim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengganas Indonesia menyalurkan wang kepada  rangkaian sel militan di Malaysia, Filipina dan Indonesia untuk memudahkan serangan di ketiga-tiga negara ini.

Bahrun Naim, yang dikenal pasti sebagai militan utama dipercayai menjadi Komander Katibah Nusantara, sebuah kumpulan militan dari Indonesia dan Malaysia yang ditubuhkan pada lewat tahun 2014.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka mengesan Bahrun menghubungi anggota militan IS dan menghasut mereka untuk mensasarkan beberapa kepentingan barat, institusi kerajaan dan pasukan keselamatannya.

"Dia turut menyalurkan dana dan mengeluarkan arahan sama kepada anggota militan di Indonesia dan Filipina," katanya dalam ucaptama di Simposium Keselamatan Asean IACSP di sini, Selasa.

Bahrun juga menerima banyak dana, kata Ayob.

"Apabila anda menerima dana, anda boleh melancarkan serangan berskala besar. Jika anda lihat al-Qaeda sebelum ini, wang itu datang dari Afghanistan digunakan untuk membiayai pengeboman di Bali.

"Itu yang kita bimbangkan. Kita perlu menghentikan saluran mereka," katanya.

Ayob berkata perkembangan semasa di negara jiran di mana bekas ahli Jemaah Islamiyah dibebaskan secara berperingkat juga menimbulkan kebimbangan.

"Mereka yang ditahan ini mempunyai kepakaran dalam melancarkan serangan berskala besar dan kumpulan rangkaian mereka beroperasi di peringkat serantau mahupun global," katanya.

Ayob turut menggesa agensi penguatkuasaan undang-undang dan pakar agama untuk menerima pakai pendekatan komprehensif, holistik dan bersepadu dalam menerangkan ideologi sesat kumpulan itu kepada masyarakat Islam di peringkat global.

Sejak Februari 2013, seramai 239 suspek militan termasuk 30 warga asing ditahan Bahagian Anti Pengganas.

Ayob berkata seramai 90 rakyat Malaysia turut dikenal pasti mempunyai kaitan dengan IS.

Seramai 24 dilaporkan terbunuh termasuk tujuh daripadanya sebagai pengebom berani mati.

Tiga kematian terbaharu adalah Hasan Zakaria, 25, seorang militan dikenali sebagai “Abu Salim” dan Muhammad Izzul Imam Mohd Isa.


Tags / Kata Kunci: militan IS , Bahrun Naim

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan