Cederakan Guru, Konstabel Polis Direman Empat Hari

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu kira-kira 50km dari sini, memerintahkan seorang konstabel polis direman empat hari mulai hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan kes seorang guru sekolah rendah di Lenggong, cedera semasa cuba ditahan minggu lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani selepas permohanan dikemukakan oleh pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun serta boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Gan Tian Kee mengesahkan anggota berkenaan yang berumur 32 tahun menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 2003.

Pada Selasa, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan penahanan seorang anggotanya selepas seorang guru mendakwa cedera hingga patah tangan kiri ketika ditahan suspek dan seorang rakannya kira-kira jam 7.15 malam 30 Ogos lalu.

Insiden tangkapan ke atas guru berkenaan yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong menjadi viral di media sosial sejak Selasa.

Sementara itu menurut sumber, guru tersebut kini berada di kampungnya di Kelantan untuk menjalani rawatan tradisional bagi memulihkan tangannya yang patah.

Selain itu, mangsa yang kini diberi cuti rehat selama tiga minggu turut mendapatkan khidmat kaunseling kerana trauma dengan kejadian tersebut.

"Setiap kali dengar bunyi ekzos motor, mangsa menjadi takut kerana masih terbayangkan kes beliau ditangkap," demikian menurut sumber kepada Bernama. 

Tags / Kata Kunci: Polis , Perak , Guru

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan