Tiga Penjenayah Warga Asing Ditembak Mati

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tiga penjenayah warga asing ditembak mati di Jalan Jimah Lama di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata mereka yang berusia lingkungan 40-an ditembak selepas mereka terlebih dahulu menembak anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri  kira-kira 3.30 pagi.

"Anggota D9 yang melakukan rondaan di Jalan Jimah Lama-Mambau pada mulanya  terserempak dengan sebuah kereta Proton Perdana dalam keadaan yang mencurigakan.

"Pihak polis telah mengarahkan kenderaan tersebut agar berhenti, namun pemandunya telah memecut kereta itu menyebabkan pihak polis terpaksa memintas kereta tersebut.

"Ia menyebabkan kereta itu terbabas dan melanggar tebing jalan. Pemandunya lalu keluar dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis sementara  dua lagi rakannya juga keluar dari kereta dan cuba menyerang anggota polis dengan parang.

"Demi mempertahankan diri, anggota polis telah melepaskan tembakan.

Ketiga-tiganya kemudiannya ditemukan mati," katanya dalam sidang media.

Pihak polis turut menemukan dalam kereta itu antara lain sepucuk pistol jenis Glock, empat parang panjang, pemutar skru, pemotong dawai, enam plat kenderaan, lima utas rantai, 18 gelang tangan, 14 kerongsang dan satu loket emas.

Jaafar berkata kereta yang dinaiki suspek dilaporkan hilang di Klang, Selangor pada tahun 2014 dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek  terlibat dengan empat kes samun dan pecah rumah, masing-masing dua kes di Senawang dan Nilai selain beberapa kes lagi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tembak , Warga Asing

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan