Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima Ditahan, Empat Diburu - KPN

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 9:39 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima individu ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis selepas disyaki terlibat dalam kes Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lima yang ditahan itu berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun ditahan di sekitar Dengkil, Perak dan Kuala Lumpur awal pagi ini oleh pasukan polis Selangor.

"Mereka yang ditahan akan di siasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini, Isnin.

Ditanya sama ada kumpulan lelaki yang ditangkap dan sedang diburu itu mempunyai kaitan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), Khalid berkata, pihaknya masih menyiasat perkara itu. 

"Saya ingin mengingatkan kepada penyokong-penyokong LTTE di luar sana bahawa kumpulan ini telah diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maka kami boleh ambil tindakan terhadap mereka," katanya. 

Beliau berkata, Malaysia mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi, dan LTTE telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas. 

"Kami juga akan menjalankan siasatan dan lihat apa tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang bersuara lantang sejak kebelakangan ini yang seolah-olah menyokong atau memberi simpati terhadap Tamil tigers," katanya.

Beliau yang turut melahirkan kekesalan dengan kejadian tersebut berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Ansar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan