Aksi Ganas Buli Di Sekolah Tersebar

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 2:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu rakaman video yang menunjukkan keganasan seorang murid sekolah membelasah rakan sekelasnya tersebar.

Dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain.

Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa.

Mangsa dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba bangkit, pembuli tersebut terus memukulnya.

Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain.

Malah kedengaran beberapa murid ketawa melihat aksi buli itu.

Tarikh kejadian tidak dapat dipastikan tetapi lokasi insiden itu dipercayai berlaku di Sabah berdasarkan cara percakapan murid berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan