Empat Ditahan Disyaki Terbabit Kes Eksploitasi Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 11:17 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Ahad menahan empat individu kerana disyaki terlibat dalam sindiket mengeksploitasi wanita warga asing dan kanak-kanak sebagai pengemis di Petaling Jaya.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya berkata, suspek terdiri daripada seorang pemandu teksi dan tiga orang penjaga.

Beliau berkata, polis telah berjaya menyelamatkan 17 individu warga asing yang dipaksa berkerja termasuk empat kanak-kanak dan dua orang bayi.

Khalid juga mengucapkan tahniah kepada unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) dalam kerana berjaya mengekang aktiviti tersebut.

"Syabas Unit Atip @PDRMsia selamatkan 17 orang asing dipaksa kerja (11 dewasa, 4 kanak-kanak, 2 bayi) di PJ. Tangkap 4 orang penjaga dan pemandu teksi #GoPDRMGo ," tulisnya di Twitter @PDRMsia.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Pencegahan/ATIP/ASOM, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Rohaimi Md Isa berkata, seorang lelaki warga Malaysia dan tiga warga Kemboja yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita telah ditahan.

Beliau berkata aktiviti sindiket itu didedahkan selepas sepasukan polis dari Unit D7C Atipsom menjalankan pemerhatian dan serbuan di sebuah rumah di Prima Damansara Jalan PJU 10/9, Petaling Jaya.

"Mereka melihat sembilan wanita, dua lelaki, empat kanak-kanak dan dua bayi dibawa dengan dua buah teksi ke Jalan PJU 10/9E. Polis menahan pemandu teksi tersebut dan menyelamatkan semua mangsa yang disyaki dijadikan pengemis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rohaimi berkata, polis turut merampas dua buah teksi, wang tunai RM360, enam buah telefon bimbit, dua set kunci kereta dan beg sandang.

"Semua 17 mangsa dan suspek termasuk barang-barang telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan